« Al-Kursi | Main | Its Your Birthday »

Jangan Pandang Belakang........

Punca masalah selalunya sebab kita terlalu lama melihat kehidupan silam dan bukan memandang masa depan..

Sebab tu pakar sejarah menyifatkan, melihat sejarah atau kehidupan silam ibarat melihat cermin sisi & belakang ketika kita memandu kenderaan.

Kita boleh kemalangan jika kita lansung tidak melihat cermin sisi & belakang ketika memandu.

Bagaimanapun, kita hanya perlu melihat cermin sisi & belakang itu apabila perlu sahaja. Jika hanya melihat cermin sisi & belakang itu sepanjang masa tanpa memandang ke depan, sudah tentu kita akan kemalangan..


Kesimpulannya, tak salah kalau kita menyesali & mengingati kekurangan kita di masa silam. Anggap ia sebagai sesuatu yg sentiasa mengingatkan diri kita supaya tidak mengulanginya. Ambil kekurangan kita sebagai sesuatu yg positif. Sebab, kita akan sentiasa mencari peluang utk merubah diri kita supaya kita jadi jauh lebih baik lagi.

Ingat, sentiasa pandang kehadapan.. Tapi sesekali, jgn lupa utk menjeling 'cermin' sisi & belakang kita..

hehehe..

P3280058
opsssssieee...

                            

Comments

The comments to this entry are closed.